Mengapa?
Assalamualaikum semuaaa. Lamanya cik manis tak update blog right? Korang apa khabar? Aasif,cik manis sekarang ni sibuk sebab dah nak dkt final exam kann. Lepasni nak masuk sem baru lagu. Fuhh memang banyak kerja cik manis hehehe.Okay,hari ini tajuknya "mengapa?" yela, kita selalu katakan "mengapa asyik aku je?" dalam bahasa pasar "Asal asyik aku je?" Adik adik, mai sini cik manis nak habaq, semua terjadi ada sebabnya. Dulu cik manis pun pernah jatuh terduduk tapi kita kena percaya dengan perancangan Allah, Kita jangan lah terlampau putus asa. Cuba ingat balik sebab apa kita diturunkan ke dunia? Adik adik sendiri tahu, Dalam hidup ni kena banyakkan fikir yang baik dan buruk. Kalau main redah, sebab tuh hidup tak teratur. Opss!
Okay harini Cik Manis nak cerita pengalaman seseorang yang berkait rapat dengan tajuk kita. Bismillahirahmannirahim.....Cerita tentang seseorang Muslimah yang nampak kelembutannya tetapi seorang tegas,garang dan agak kasar. Pada permulaannya dia seorang ingin berubah. Dia banyak menghadiri majlis ilmu dan lain lain. Ditempat belajarnya orang gelarkan dia "Ustazah" kerana pakaian dan perwatakan persis ustazah tetapi itu tak mengoyahkan semangatnya untuk berjihad kejalan Allah.
Dia sangat menjaga ikhtilatnya,menjaga auratnya dan lain lain sampaikan lelaki ajnabi sangat takut untuk mendekatinya kerana perwatakannya sebegitu. Ya Allah , sampai begitu sekali lelaki ajnabi menghormati Muslimah ini. Subhanallah! Dia banyak mengajar sahabat sahabatnya tentang ilmu agama dan lain lain. Tomahan dan hinaan sering didengari olehnya tetapi dia mengambil sebagai satu semangat dia untuk terus berjuang. Allahuakbar! Sungguh tabah hati seorang wanita ini. Dia menganggap itu semua ujian dari Allah untuk menguji keimanannya. Cuba bayangkan kita? Baru diusik sikit sudah melatah. Astagfiruallah! Moga moga kita dijauhkan.
Sedang dia asyik mengejar Syurga Allah, dia di datangi oleh Allah dengan satu ujian yang amat dasyat iaitu "Cinta Manusia" . Dia cuba untuk mengelakkan fitnah ini berlaku. Walaupun dia mempunyai satu perasaan aneh tetapi dia dapat menguruskan fitrahnya dengan baik. Cuma dia sudah tersalah langkah menguruskan fitrahnya yang satu ini.
Dia selalu mengingatkan dirinya tentang bahayanya "Bercinta sebelum Nikah" . Dia tahu batas batas pergaulannya. Dia tahu hukum hakam semua itu tetapi disebabkan nafsu yang tak dapat dikawalnya. dia jatuh ke dalam satu jalan yang menghampiri zina iaitu "ZINA HATI" . Kita dah sedia maklum jika kita tak dapat menguruskan fitrah kita dengan baik,fitnah yang akan berleluasa.
Dia tahu dia sudah membuat satu kesilapan yang besar baginya. Dia perlu berubah . Tetapi apabila hatinya tidak dapat dikawal dengan baik, Dia akan mudah terjatuh. Dia cuba untuk berubah kembali, Dia cuba untuk jauhkan dirinya daripada FITNAH. Tetapi semakin dia mencuba semakin dia menghampiri kegagalan. Dia berfikiran positif dengan menganggap ini semua ujian Allah untuk dia. Dia cuba lagi sekali untuk bangun walaupun sukar kerana dia merasakan dirinya telah dicemari dengan perbuatannya sendiri. Dia malu kepada dirinya sendiri,Sahabat sahabatnya dan terutama Allah. Dia lupa yang cinta manusia hanya sementara dan cinta Allah itu lebih dari segala-galanya.
Dia sedar akan itu tetapi dia seperti dikaburi mata dengan godaan . Sampai satu masa, dia dah boleh berdiri seperti dulu tetapi dia kembali jatuh dan kini dia jatuh lebih teruk. Seakan-akan tiada peluang untuk bangun. Dia merasakan dia begitu hina sekali. walaupun sekadar dia "bersayang sayang" bersama lelaki ajnabi (tidak lebih dari itu). Dia merasakan dirinya begitu "MURAH" sekali kerana dia sudah berjanji kepada dirinya yang dia akan setia kepada jodohnya. Maksudnya disini, dia tidak akan mensia siakan waktu mudanya dengan perkara perkara yang lagha.
Alhamdulillah dengan berkat doa ibu bapanya dan orang sekelilingnya, dia bangun kembali dan lebih bersemangat.Dia cuba untuk berfikiran positif . Dia fikirkan ibu bapanya, masa depannya dan yang sirinya yang pernah jatuh ke lembah hina itu. Dia cuba jauhkan dirinya dari lelaki ajnabi tetapi dengan zaman yang "serba boleh" ini ianya amat sukar tetapi dia berusaha sehingga dapat. Subhanallah hatinya terlampau kuat dan tabah. Okay conclusionnya disini, kita jgn menyalahkan takdir Allah dengan sewenang-wenannya. Dia berusaha untuk tidak bersangka buruk. Cuba kita macam dia. Berfikiran terbuka dan menganggap Allah itu adalah perancang yang terbaik. Ingat semua setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Put your trust in Allah .
P/S : Jangan anggap satu ujian itu sebagai bala tetapi ingatla, Ketika Allah sedangkan menguji kita, sebenarnya dia merindui kita. Apa apa pun anggap semua ini yang Allah beri kepada kita adalah untuk mendekatkan diri kepada DIA . Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment