Saturday, 16 August 2014

Aurat Wanita

Asslamualaikum semua. Okay cik manis harini ada perkongsian sikit sebelum nak balik kolej cik manis. Alhamdulillah Allah masih beri kita peluang untuk terus kita beribadah kepadaNYA .

Bismillahirahmanirahim...


Aurat? Hmm kalau nak diikutkan ramai yang tahu WAJIB menutup aurat ni tapi masih buat endah tak endah. Kenapa lah kita ni kurang cerdik , kenapa lah kita ni selalu terpedaya dgn pengaruh luar? Nauzubillah!
Korang pernah terfikir tak , macam mana seksaan di neraka nanti? Ya Allah perit sayang! Macam mana kita nak jadi ahli syurga kalau kita sendiri yang membawa diri kita ke neraka? Sedangkan Allah sendiri berfirman: 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)


Yang dimaksudkan (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "Janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan". [Lihat Abu Bakar Al Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah (kecuali yang - biasa - nampak darinya), ini bermaksud ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah.

See, apa lagi yang kita nak berdolak dalih?? Bak kata kak faz 'Tepuk dada tanya iman'.
Sayangku semua terutama wanita, kenapa kita taknak ikut perintah Allah ni? Oh cakap boyfriend hangpa nak ikut naa? Dia bagi apa kat hang? Cuba cerita sikit kat cik manis.Ya ukhti ku sanggupkah awak mengheret suami/Ayah/Abang/Adik lelaki awak ke neraka kerana awak tidak menutup aurat?
Awak cuba bayangkan ayah/suami/abang/adik lelaki awak semua lagi satu tapak hendak masuk ke syurga tapi disebabkan kita ni tak tutup aurat, kita tak jaga ikhtilat kita dan lain-lain mereka ini semua diheret ke neraka.Sanggup tengok semua tuh? Sedangkan di dunia mereka menyanyangi kita, jaga kita sebaik mungkin tapi ini yang kita balas kepada mereka? Cuba fikir kalau kita yang di tempat mereka? jangan buat mereka merana di dunia dan di akhirat sayangku. Kasihani kaum adam sayang. 

Disebabkan wanita lelaki boleh merana dan bahgia. Cuba tanya hati kita ni membahagiakan atau meranakan mereka? Think!

Kepada sesiapa yang ingin berhijab. Cik manis ucapkan selamat maju jaya! Istiqamah itu penting ye anak anak. Cehh. Sebab kadang kadang orang yang dah berhijab pun boleh membuka hijabnya kembali kerana tidak sungguh sungguh istiqamah. Cik manis lihat ramai artis artis tempatan yang dah berhijab. Alhamdulillah! Cik manis tumpang gembira. Tapi cik manis nak ingatkan kita berhijab boleh berfesyen tapi perlu diingatkan yea, Biarlah fesyen tuh tidak menjolok mata, tidak bertabaruj. tidak menonjol dan yang peling penting tidak mengambil perhatian lelaki. Kita ni perempuan jgn nak ambil perhatian lelaki sangatlah. Nanti si akhi ni cakap awak 'Murah' baru tahu marahnya macam mana kan? So awak kena fikir lebih jgn jadi pemikiran yang cetek. 

Cik manis akui yang cik manis ni pun bukannya baik mana pun. Tapi kita sesama manusia kena saling ingat mengingati right?

Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum / Public Life)

Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu :
  • libaas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan; 
  • libaas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah :
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)

Oleh sebab Al Quran berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al Mu’jam Al Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai "ats tsaubul musytamil ala al jasadi kullihi"(pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau "ma fauqa ats tsiyab kal milhafah" (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau "al mula’ah asy tamilu biha al mar’ah" (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/ mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar lalu dilebarkan sehingga ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/ diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/ kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/ tudung) adalah Firman Allah (bermaksud), “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” (An Nur:31)

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan 'am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan.

Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.


Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus / private life)

Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syara' tidak menentukan bentuk/ fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya yang berbunyi, “wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [rujuk Surah An Nur:31]

Atau sabda Nabi, “lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) - HR Abi Dawud

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'ie, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/ transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

 Bertabaruj.
Hm kita pun dah sedia maklum yang larangan bertabaruj di larang keras oleh Allah.Sebab ianya menarik perhatian lelaki ajnabi. Okay la cik manis bagi satu contoh, Kalau kita ni selalu sgt bertabarruj di luar rumah en, contohnya make up, apa awak rasa cantik ke dgn make up yang tebal seinci tuh? Nanti awak dah kahwin dekat rumah pun nak bermake-up 24 hrs? Lelaki yang budiman ni semua nak seorang isteri yang cantik dalaman dan luaran, macam 'natural beauty' la katako. Takkan tak pernah kena perli dgn lelaki ajnabi psl make up ni . Tipu la kalau tak pernah. Actually mereka lagi suka kalau kita tidak bermake up. Kerana baru la nampak kecantikkan yang sebenarnya bukan kecantikkan yang sementara. Okay aroso? 

Cik manis bukan nak perli tapi kita kena pandai pikiaq, bak kata lecture cik manis "Berfikir di luar kotak itu amat penting". Cik manis nak tanya malu tak kita kalau di tegur lelaki ajnabi tentang make up or tabarruj ni? Gerenti lah malu sebab tujuan kita bertabarruj ni pun nak dapat pujian right? ye ke idok? Aasif ayat macam terkasor pulok. Tapi sebenarnya tujuan kita itulah kan? Fikirlah ..

Meh sini cik manis nak kongsikan sedikit  kepada kaum hawa sekalian...

Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An Nur:60 iaitu Firman Allah :
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan (tabarruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (An Nur:60)

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Al Ahzab:33)

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.

Abul A’la al Maududi berkata; “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :
  • Wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
  • Wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir / musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Tengok , kita ada akal fikiran, pandai lah kita fikir. Cik manis harap kepada semua kaum hawa tolong bukak minda anda . Jangan jadi seorang yang mengheret org yg kita sayang ke neraka. Dan bayangkan ye, "AWAK RASA KALAU AWAK DEDAHKAN AURAT AWAK TUH LELAKI AJNABI AKAN HORMAT AWAK? AKAN JADIKAN AWAK BAKAL ZAUJAHNYA?" Cuba fikir semasak masaknya! 

Pesanan dari cik manis "Jaga hati, Jaga iman, Jaga ikhtilah. Jaga solat. Jaga mata . Jaga aurat. Jaga iman . Fikirlah kalau awak rasa dgn mendedahkan aurat tuh awak rasa selamat dan dihormati , cik manis hanya boleh katakan IANYA TIDAK SELAMAT DAN AKAN TIDAK SELAMAT DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT

Yang baik datangnya dari Allah, Yang kurang dari cik manis sendiri. Kalau ada salah cik manis, tegurlah yea :)) Aasif jiddan kalau ada terkasar ayat dan ayat yg mengguris hati. Semoga apa yang cik manis kongsi kepada semua memberi manfaat yang baik. Assalamualaikum. 

Sekian dari Cik manis :))

No comments:

Post a Comment